mcmc
Laporan Aktiviti

Kelas Microsoft Office dan Klik Dengan Bijak

Tarikh    : 13 Disember 2017

Masa     : 14:00 sehingga 05:00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Bongkol

Peserta : 10 Orang

 

Tujuan :

Kelas ini diadakan bagi pelajar lepasan sekolah yang berminat untuk mengambil kursus komputer. Ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar lepasan sekolah untuk pendedahan awal kepada pembelajaran teknologi komputer dan dunia Internet.

 

Aktiviti :

Para peserta yang mengikuti kursus Asas Komputer  tersebut diberi taklimat Klik Dengan Bijak, dimana taklimat ini mampu menyemai kesedaran kepada para pelajar tentang penggunaan internet dengan bijak dengan memanfaatkan kegunaan kearah yang lebih positif. Selepas itu, para peserta didedahkan dengan perisian microsoft office iaitu m.s word.