USAHAWAN LEBAH MADU
NAMA : Abd Rasik Matasin UMUR : 55 Tahun AHLI : 2015 |
Bentuk perniagaan dan latar belakang
Encik Abdul Rasik merupakan seorang pengusaha ternakan madu leabh asli secara kecil-kecilan di sekitar kampung Bongkol dan daerah Pitas amnya. Beliau telah memulakan perniagaan ini lebih kurang 2 tahun yang lalu.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Perniagaan ternakan madu lebah yang dijalankan oleh Encik Abdul rasik sebelum ini lebih dijalankan secara tradisional dan terdapat kesukaran terutamanya dari segi pemasaran terhadap produk beliau.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Melalui bantuan Pusat Internet dengan program-program keusahawanan yang dijalankan, encik Rasik telah mempelajari cara memperbaiki mutu perniagaan beliau disamping didedahkan kepada pemasaran menggunakan internet dan juga media sosial. Hal ini secara tidak langsung membuka peluang pasaran yang lebih besar kepada perniagaan beliau dan produk yang dihasilkan juga ditambah kuantiti pengeluaran dari masa ke semasa.