mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT- Encik Azmi Fadzil Bin Abd Rasik

BELAJAR MENAIP DAN INTERNET

 

 

NAMA   : Azmi Fadzil bin Abd Rasik

UMUR    : 32Tahun

 AHLI     : 2015

 

 

Latar belakang

Encik Azmi adalah seorang penduduk kampung Bongkol. Beliau bekerja sebagai juru elektrik disalah sebuah syarikat swasta yang bertempat dikampung Bongkol. Beliau sudahpun bekeluarga dan mempunyai anak.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebagai penduduk kampung yang tidak didedahkan dengan kemahiran ICT, encik Azmi sangat terbatas untuk mempelajari ilmu komputer dan hal-hal berkaitan yang lain ini mneyebapkan kesukaran kepada beliau untuk melakukan apa pun urusan yang melibatkan penggunaan komputer dan ICT

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Beliau kini telah pun mempelajari asas pengenalan komputer, dan kini dia sedar orang kampung seperti beliau juga dapat menikmati ilmu ICT yang diberikan. Dengan bantuan Pusat Internet Kg. Bongkol kini beliau sudah boleh menggunakan komputer walaupun masih dalam peringkat yang asas, namun beliau bertekad untuk terus belajar dan memajukan diri.