mcmc
Laporan Aktiviti

Klik Dengan Bijak Cabaran Siber Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas II

 

Tarikh    : 10 April 2018

Masa     : 8:00 hingga 1:00 petang

Lokasi   : Sekolah Menengah Kebangsaan Pitas II

Peserta : 131 Orang

 

Tujuan :

Dengan menjalankan program sebegini dapat membuka peluang PI menjalinkan hubungan baik dengan pihak Sekolah, Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Ngo. Selain memujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin kepada pengguna lain. Disamping itu, dapat memberi pendidikan awal kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia diri. Serta dapat memperkenalkan sistem dashboard kepada Ahli Pi yang lama dan yang baru.

Aktiviti :

Para peserta diterangkan mengenai aplikasi Dashboard (Myschool), (Myshop). Para peserta diberikan taklimat Klik Dengan Bijak beserta dengan tayangan video. Selain itu peserta diterangkan fungsi dan perkhidmatan yang disediakan di PI. Peserta kemudiannya dipecahkan mengikut kumpulan yang telah diagihkan oleh para petugas PI untuk diberikan tugasan secara berkumpulan dan perlu diselesaikan dalam tempoh 2 jam sahaja. Sesi penyampaian hadiah dan cenderahati kepada Pihak Sekolah.