mcmc
Laporan Aktiviti

Program Hari Bersama Komuniti PI Kluster Pitas (Bahagian 2)

 

Tarikh    : 26 April 2018

Masa     : 8:00 hingga 3:00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Kalumpang

Peserta : 200 Orang

 

Tujuan :

Dengan adanya program sebegini mampu mengeratkan hubungan dengan komuniti di sekitar PI. Disamping, meraikan komuniti setempat yang senantiasa memberi sokongan terhadap sebarang program yang dijalankan di PI. Dalam masa yang sama program ini juga mampu memberi info kesedaran berkenaan dengan penggunaan internet dan media sosial secara bijak melalui Program Klik Dengan Bijak serta memberi info maklumat kepada komuniti berkenaan dengan aplikasi laman sesawang iaitu (Sebenarnya.my). Tambahan itu juga, memberi pendedahakan berkenaan dengan aplikasi Dashboard kepada komuniti tentang fungsi dan kegunaanya.

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan sempena Program Hari Bersama Komuniti Pi Kluster Pitas ialah seperti, Senam Aerobik, Aktiviti Mewarna Poster bagi Pelajar Tabika Kemas Kg. Kalumpang A, B dan C, sesi taklimat berkenaan dengan info kesedaran media sosial dan internet Klik Dengan Bijak serta laman sesawang iaitu (Sebenarnya.my) yang disampaikan oleh Encik Alvis Musli, serta sesi penyampaian info berkenaan dengan aplikasi Dashboard Komuniti yang disampaikan oleh Cik Hanizayati Binti Mohd Yassin. Program diteruskan lagi dengan sesi keusahawan iaitu membuat sabun alami yang disampaikan oleh wakil usahawan PI Pekan Baru Pitas iaitu Puan Masiah Sangkong. Seterusnya penyampaian hadiah bagi para pemenang bagi setiap aktiviti yang dijalankan, serta program Hari Bersama pada hari tersebut telah dirasmikan oleh Puan Normalah Rasick (KETUA PUTERI UMNO SABAH merangkap EXCO PUTERI MALAYSIA).