mcmc
Sejarah

Sejarah

Kampung Bongkol merupakan salah 1 kampung yang terletak didaerah Pitas. Jarak daripada Pekan Pitas 21KM sahaja. Majoriti masyarakat dikampung ini berbangsa runggus. Selain itu terdapat juga bangsa-bangsa yang lain seprti kaum sungai, suluk dan lain-lain lagi. Masyarakat disini kebanyakannya beragama kristian. Jumlah penduduk kampung ini lebih kurang 2K. Pekerjaan mereka adalah seperti bertani, berniaga kecil-kecilan dan sebagainya.

 

Pembukaan kampung ini berkait rapat dengan adanya pembukaan SAFODA. Jika sebelum ini penduduk yang tinggal disini majoriti berbangsa runggus tetapi dengan pembukaan SAFODA dikawasan ini menarik minat ramai pekerja yang datang daripada luar kawasan. Selain itu juga, terdapat juga agensi bukan kerajaan yang telah bertapak disini seperti HIJAUAN PLANTATIONS SDN BHD (HBP) dan ACACIA FOREST INDUSTRIES (AFI).