Air terjun Kg. Bongkol
Air terjun ini mengambil masa 1jam perjalanan dengan berjalan kaki daripada kampung Bongkol. Air terjun ini berpotensi untuk dijadikan salah satu tempat yang menarik di daerah ini.
Selain itu terdapat beberapa tempat yang menarik disekitar daerah pitas juga yang menjadi tempat pelancongan kepada penduduk luar kawasan daerah ataupun komuniti setempat seperti:-
Batu Dulang
Ini gambar batu dulang dari jarak jauh dan dekat. Terdapat banyak rupa bentuk unik menyerupai wajah manusia di sini.Di celah-celah batuan ini juga terdapat lubang/gua kecil di mana terdapat banyak kelawar membuat sarang.
Batu Talam
Batu Talam terletak berhampiran Batu Dulang. Kedua-duanya terletak berhampiran dan ceritanya juga mempunyai kaitan dengan antara satu sama lain.
Batu Berunsai
Dari segi logiknya kita semua tahu bahawa batu ini hanyalah satu rupa bentuk yang terhasil daripada proses semulajadi seperti hakisan dan luluhawa. Namun bagi penduduk di sini mereka percaya yang Batu Berunsai ini memiliki kisahnya tersendiri. Batu Berunsai kononnya berasal daripada sekumpulan manusia sedang menarikan tarian ‘berunsai’ (tarian suku kaum di Sabah) dalam satu pesta perkahwinan tiba-tiba bertukar menjadi batu akibat sumpahan/kemurkaan. Apapun kebenaranya yang pasti batuan ini memang unik.
Pulau Supirak
Pulau kecil yang menyerupai bentuk sebuah kapal. Menurut cerita penduduk kampung Malubang, pulau ini sebenarnya adalah sebuah kapal besar milik Nahkoda Supirak. Namun akibat sumpahan kerana menderhaka kepada ibunya, dia dan juga anak kapalnya telah bertukar menjadi batu. Pendek kata kisah Supirak ini tidak jauh berbeza dengan kiash si Tanggang. Nama dan tempat sahaja yang berbeza.