Tarikh : 9 November 2021 Masa : 2:00 hingga 5.00 petang Lokasi : Pusat Internet Kg. Bongkol Peserta : 10 orang |
Tujuan :
Kelas ini dikendalikan oleh petugas Pik sendiri dan bertujuan untuk membantu para suri rumah yang berminat dalam bidang keusahawanan khususnya perniagaan atas talian yang menjadi platform pada masa kini. Salah satu sebabnya juga adalah penggunaan teknologi adalah rutin dalam kehidupan pada masa kini walaupun berada diluar bandar.
Aktiviti :
Kelas ini diadakan didalam pusat internet yang dikendalikan sepenuhnya oleh pengurus PIK. Kelas ini dimulakan dengan pendedahan kepada bisnes didalam talian. Selain itu komuniti juga diberitahu kebaikan dan kelebihan perniagaan secara atas talian.