BELAJAR MENAIP DAN INTERNET
|
NAMA : Yain Bin Masadai UMUR : 48 Tahun AHLI : 2015 |
Latar belakang
Encik Yain merupakan penduduk kampung Bongkol yang bekerja sebagai buruh kepada satu syarikat swasta yang beroperasi di kampung Bongkol. Beliau sudah berkeluarga dan beliau seperti kebanyakkan penduduk kampung yang lain yang pada mulanya agak ketinggalan dari segi aspek pengetahuan ICT.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebagai penduduk kampung yang tidak didedahkan dengan kemahiran ICT, boleh dikatakan encik Yain langsung tidak tahu dan tidak terlintas untuk mempelajari pada mulanya. Kerja-kerja atau urusan yang menglibatkan akses komputer dan internet pasti akan meminta bantuan individu ataupun kakitangan yang berkaitan. Namun, kewujudan Pusat Internet di kampung Bongkol mengubah hampir semuanya pandangan beliau tentang keperluan dan kepentingan pengetahuan ICT.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Perubahan yang paling besar ialah tanggapan beliau mengenai ilmu ICT ini diubah iaitu tidak semua golongan perlu dan patut mengetahui ilmu pengetahuan ICT ini. Beliau kini telah menguasai kemahiran asas komputer dengan pengetahuan minima dan beliau masih lagi dalam proses untuk melatih diri untuk lebih mahir. Kini beliau mula yakin untuk melakukan urusan secara talian (online) dengan sendiri tanpa bantuan orang lain contohnya mengemaskini butiran BR1M, E-Kasih dan sebagainya.