Tarikh : 18 Mei 2018 Masa : 2:00 hingga 4:00 petang Lokasi : Pusat Internet Kg. Bongkol Peserta : 10 Orang |
Tujuan :
Kelas ini di laksanakan untuk mempromosikan ilmu ICT dan multimedia kepada komuniti setempat disamping memberi kesedaran ICT melalui taklimat advokasi. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosi Pi dan Dashboard Komuniti.
Aktiviti :
Pelaksanaan utama adalah dengan melakukan kelas asas ICT kepada pengguna Pi, taklimat advokasi dan taklimat Dashboard Komuniti.Antara aktiviti lain ialah tayangan video yang secara tidak langsung dapat memberikan kesedaran kepada komunti kebaikan dan keburukan internet.