mcmc
Jadual Latihan & Aktiviti

KEMPEN KITAR SEMULA SISA ELEKTRONIK

Terma e-sisa atau Sisa Perkakas Elektrik & Elektronik (WEEE) merangkumi semua jenis perkakas elektrik & elektronik yang telah dibuang.

e-Sisa Mudah Alih secara khususnya merujuk pada semua jenis sisa yang terhasil daripada peranti berasaskan SIM seperti telefon bimbit, telefon pintar, tablet, phablet termasuk pengecas & aksesori.

Peranti mudah alih perlu dilupuskan secara sempurna apabila tidak lagi digunakan.

Bahan pembuatannya tidak boleh terurai secara semulajadi & mengandungi komponen berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan anda & mencemarkan persekitaran.

Menerusi proses kitar semula yang betul, lebih 90% daripada bahan yang digunakan dalam peranti mudah alih & aksesori boleh dipulihkan semula.

 

Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) melakukan inisiatif untuk menangani sisa elektronik ini dengan membuat kempen Mobile E-Waste di mana melalui Pusat Internet 1Malaysia di seluruh negara, orang ramai digalakkan untuk mengurus sisa elektronik mereka dengan kaedah yang betul.

Disamping itu, kempen ini juga menjanjikan hadiah menarik kepada beberapa pemenang yang bertuah. Sila kunjungi Pusat Internet 1Malaysia yang terdekat

 

dengan anda.