- Masjid Kampung Bongkol
Masjid kampung Bongkol terletak di dalam kawasan perkampungan dan merupakan satu-satunya masjid yang ada untuk kegunaan penduduk kampung.
Fungsi :-
- Sebagai tempat solat berjemaah
- Solat jumaat
- Majlis-majlis ilmu
- Bacaan yasin
- Dewan 1Malaysia Kampung Bongkol
Dewan ini terletak di dalam kawasan Kampung Bongkol dan ia merupakan tempat di mana penduduk kampung menggunakan dewan ini sebagai tempat menjalankan aktiviti-aktiviti penduduk setempat seperti mesyuarat, majlis jamuan dan juga aktiviti sukan seperti badminton.
Fungsi :-
- Mesyuarat JKKK
- Mesyuarat RELA
- AIM (Amanah Ikthiar Malaysia)
- Usaha Maju
- Jamuan makan
- Gelanggang Badminton
- (untuk pertanyaan lanjut berkaitan sewa dewan boleh menghubungi terus Encik Mariasin@ Ringgo (No.Hp 013-5537701)
- Gelanggang Bola Tampar dan Badminton
Gelanggang ini terletak di dalam kawasan kampung Bongkol dan telah di bina sejak tahun 1986 oleh syarikat SAFODA sebagai kegunaan orang awam.
- Padang Bola Sepak Awam
Di dalam kawasan kampung ini juga iaitu berdekatan dengan Dewan 1Malaysia dan Kedai-kedai runcit kampung Bongkol, terdapat juga padang bola awam untuk penduduk kampung. Padang bola awam ini sering digunakan untuk aktiviti- aktiviti yang dilakukan oleh JKKK dan penduduk setempat. Aktiviti- aktiviti yang dilakukan seperti sukan tahunan, bola sepak, dan sebagainya.
- Mini stesen Minyak diesel dan petrol
Kampung ini juga menyediakan tempat untuk penduduk jual beli minyak bersubsidi kerajaan yang telah di buka pada tahun 2009. Tempat ini juga dibuka setiap hari bermula pada jam 7:00 pagi sehingga 5:00 petang
- Gelanggang Bola Tampar
Di sini juga terdapat kemudahan seperti gelanggang bola tampar sebagai tempat untuk komuniti bermain.
- Gelanggang Futsal
Kemudahan lain seperti gelanggang Futsal juga terdapat di kampung ini. Gelanggang ini biasa di gunakan untuk bermain futsal dan tempat untuk komuniti berkumpul untuk menjalankan sesuatu program. Gelanggang ini boleh disewa untuk bermain futsal dengan kadar sewa yang berpatutan atau boleh terus menghubungi Encik Matnoor (no.hp: 013-8599873) untuk sebarang pertanyaan.