mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN- Puan Ailin Musundoh

USAHAWAN PRODUK KRAFTANGAN

 NAMA   : Ailin Binti Musundo

 UMUR    : 55 Tahun

 AHLI     : 2015

 

Bentuk perniagaan dan latar belakang

Puan Ailin seorang usahawan tempatan yang menjalankan perniagaan menghasilkan produk kraftangan secara sambilan/kecil-kecilan. Beliau melakukan perniagaan ini sebagai hobi dan untuk keperluan sendiri dan juga penduduk kampung yang memerlukan produk beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Perniagaan produk kraftangan dijalankan hanya sekadar hobi dan kerana kekangan pasaran.

 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Perniagaan sambilan beliau yang dijalankan secara kecil-kecilan dan lebih berbentuk kepada hobi mulai berkembang hasil kerjasama dan bantuan daripada pusat internet Kg. Bongkol. Melalui kelas keusahawanan yang dijalankan, Puan Ailin mempelajari teknik pemasaran melalui media masa sosial seperti laman Facebook dan aplikasi WhatsApp. Dengan itu, produk beliau dapat dikomersilkan.