USAHAWAN KRAFTANGAN MANIK
NAMA :Lairah @ irah Majiun UMUR : 34 Tahun AHLI : 2017 |
Bentuk perniagaan dan latar belakang
Puan Lairah ialah seorang wanita yang bekerja dan mempunyai minat dalam bidang keusahawanan. Beliau sangat tertarik dengan usahawankecil-kecilan disamping mempunyai kerja hakiki sebagai seorang suri rumah dan bekerja diluar sana. Justeru itu, manik sangat menarik minat puan Lairah dan membuka mata beliau bahawa wanita yang tinggal jauh dipendalaman desa juga mempunyai peluang untuk belajar dalam bidang pembuatan sedemikian.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI
Sebelum beliau mendapat bimbingan daripada Pi, beliau tidak mempunyai sebarang info dan keyakinan untuk memulakan usaha untuk menjadi usahawan kraftangan manik. Faktor ini disebapkan kekurangan latihan dan pendedahan beliau tentang keperluan untuk menjadi seorang usahawan.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI
Selepas menyertai latihan dan kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh pusat internet Kg. Bongkol, kini puan Lairah begitu yakin untuk memulakan perniagaan dan menjadi seorang usahawan wanita yang berkecimpung dalam bidang kraftangan manik. Beliau yakin dengan mempelajari teknik pemasaran online dan beberapa latihan ICT lain yang dipelajari di Pusat Internet sangat membantu untuk dia memulakan usaha beliau.