mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN- Puan Laurah Rumisil

USAHAWAN SABUN HERBA

 

 

NAMA   : Laurah Rumisil

 UMUR    : 38 Tahun

 AHLI     : 2017

 

Bentuk perniagaan dan latar belakang

Puan Laurah adalah seorang ibu tunggal yang sangat berminat dalam bidang keusahawanan. Program Keusahawanan kursus pembuat sabun herba yang dia pernah sertai sebelum ini yang dianjurkan oleh Pi Kampung Bongkol menambah minat beliau dalam bidang usahawan untuk menghasilkan produk sendiri. Puan Laurah sedar bahawa banyak kekangan yang dia hadapi untuk memulai kerjaya sebagai seorang usahawan kecil, namun atas bantuan Pi dia dibantu untuk belajar banyak maklumat terbaru tentang cara mengembangkan kerjaya beliau sebagai seorang usahawan baru. Baik dari segi teknik pembuatan dan teknik pemasaran lokal yang berkesan melalui bantuan Pi.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum beliau mendapat bimbangan daripada Pusat Internet Kg. Bongko, beliau tidak mempunyai sebarang info dan keyakinan untuk memulakan usaha untuk menjadi usahawan sabun herba. Faktor ini disebapkan kekurangan latihan dan pendedahan beliau tentang keperluan untuk mnejadi seorang usahawan.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Selepas menyertai latihan dan kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh Pi, puan Laurah sekarang sangat yakin untuk memulakan perniagaan dan menjadi seorang usahawan wanita yang berkecimpung dalam bidang pembuatan sabun herba. Beliau yakin dengan mempelajari teknik pemasaran secara online dan beberapa latihan ICT lain yang dipelajari di pusat internet sangat membantu untuk dia memulakan usaha beliau