mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN Q4 – 1. Cik Mas Hedayu Ghaning

 

NAMA   : Mas hedayu Binti Ghaning

UMUR    : 27 Tahun

 AHLI     : 2015

 

Bentuk perniagaan dan latar belakang

Cik Mas Hedayu adalah belia dikampung ini dan sekarang bertugas sebagai pembantu murid di Tabika Kemas B Kg. Bongkol. Walaupun sudah mempunyai pekerjaan namun dia sangat berminat dalam bidang keusahawanan dan kecantikan disamping membantu keluarga. Berbekalkan minat yang mendalam dalam bidang keusahawanan cik Mas Hedayu telah mula berjinak-jinak menjual barangan seperti aksesori wanita, tudung dan produk kecantikkan. Dia juga mempunyai impan untuk membuka kedai pada suatu hari nanti.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI

Sebelum beliau mendapat bimbingan daripada PI, beliau hanya memasarkan produk beliau melalui aplikasi facebook. 

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PI

Selepas menyertai latihan dan kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Kg. Bongkol, kini Cik Mas Hedayu telah meluaskan promosi barang-barangannya melalui aplikasi facebook,whatsapp dan lain-lain lagi.