Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Disember 2022 : Business Modal Canvas (BMC) dan KDB

 

Tarikh : 07 Disember 2022

Masa : 1.00 hingga 5.00 petang

Lokasi : PEDi Kampung Bongkol

Peserta : 10 orang

 

Tujuan :

Kelas ini diadakan bagi usahawan PEDI yang dikendalikan oleh Rakan Digital. BMC merupakan sebuah pelan bagi perjalanan operasi perniagaan,mengenalpasti sumber pendapatan,sasaran pelanggan,produk dan kos. selain itu pada akhir kelas ini usahawan didedahkan dengan pentingnya menjaga perlakuan didalam sosial media seperti facebook dan lain-lain agar tidak membahayakan diri dan orang lain.

Aktiviti : 

Kelas ini diadakan didalam ruangan PEDi. Para peserta diberikan tugasan mengenalpasti masalah yang boleh ditangani oleh usahawan. selain itu menganalisis pesaing serta kekuatan dan kelemahan mereka. Usahawan juga diminta untuk mencari potensi rakan kongsi untuk mengembakan perniagaan. Usahawan juga diminta mewujudkan nilai yang unik supaya pelanggan setia dengan produk yang dikeluarkan. Mereka juga diminta untuk menganggarkan kos-kos yang dikeluarkan bagi setiap fasa pengeluaran produk.