Tarikh : 19 dan 20 Jan 2024 Masa : 8.00 hingga 5.00 petang Lokasi : NaDI Kampung Bongkol |
Tujuan :
Pembukaan Kaunter Fizikal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi sistem PADU ini bertujuan untuk membantu komuniti setempat mengisi maklumat profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Antara matlamat PAdu ialah meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan, mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad, memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat dan merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.
Aktiviti :
Pembukaan Kaunter pada hari tersebut amat menggalakan kepada komuniti setempat. Terdapat juga komuniti yang datang dari kampung yang jauh untuk mendapatkan perkhidmatan yang diberikan. Seramai 6 orang petugas DOSM dan 3 orang petugas NaDI yang membantu dalam kaunter tersebut. Program ini juga dapat membantu kepada komunti yang tidak tahu cara untuk menggunakan sistem PADU tersebut.