mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti Januari 2024 : Pembukaan Kaunter Fizikal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) PADU

 

Tarikh : 22 dan 23 Jan 2024

Masa : 8.00 hingga 5.00 petang

Lokasi : NaDI Kampung Bongkol

 

Tujuan :

Pembukaan Kaunter Fizikal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi sistem PADU ini bertujuan untuk membantu komuniti setempat mengisi maklumat profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Antara matlamat PAdu ialah meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan, mengoptimumkan penggunaan sumber yang terhad, memperkasa sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat dan merapatkan jurang sosioekonomi dengan mengimbangi keperluan rakyat.

Aktiviti :

Pembukaan Kaunter pada hari ke 3 dan ke 4 dibuat atas permintaan komuniti. Terdapat ramai pengunjung daripada kampung yang berdekatan datang untuk mendapatkan khidmat.