Tarikh : 16 Ogos 2023 Masa : 9.00 hingga 5.00 petang Lokasi : PEDi Kampung Bongkol Peserta : 5 orang |
Tujuan :
Aktiviti ini dijalankan melalui kerjasama Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Pitas yang ingin membantu komuniti setempat untuk memulakan perniagaan sendiri sekaligus menambah pendapatan keluarga. Para peserta di ajar cara-cara membuat bun secara teori praktikal (hands-on) dengan bahan-bahan yang diperlukan seterusnya diakhir kelas ini para peserta dapat mengetahui asas pembuatan bun dan sekaligus membawa balik produk yang mereka hasilkan sendiri. Kelas ini di kendalikan sepenuhnya oleh cikgu Biron Matibin.
Aktiviti :
1. Peserta diberi pengenalan bahan-bahan yang digunakan dalam pembuat Bun.
2. Belajar ulian menggunakan tangan dan mesin.
3. Belajar cara menimbang bahan-bahan,doh dan membentuk doh.
4. Membuat berbagai jenis bun diantaranya adalah Bun sosej pintal,mini pizza,bun tuna dan sebagainya.