mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti November 2019 : Program Lestari ICT dan CAKNA Kesihatan Bersama Pusat Internet Kg. Bongkol

 

Tarikh    : 23 November 2019

Masa     : 7:30 sehingga  2.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Bongkol dan Gelangang Futsal Kg. Bongkol

Peserta : 136 orang

 

Tujuan :

  • Melestarikan PI sebagai Pusat ICT dan kesihatan.
  • Dapat memupuk kerjasama PI dengan komuniti kampung, agensi dan NGO untuk  mewujudkan komuniti yang sihat.
  • Mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.
  • Memberikan taklimat Advokasi berkenaan aduan dan maklumat palsu kepada komuniti setempat.
  • Dapat mengeratkan silaturahim bersama komuniti setempat,agensi-agensi,NGO dan sebagainya.
  • Dapat mempromosikan pusat internet sebagai pusat pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan dikawasan luar Bandar

Aktiviti :

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

  • Pendaftaran Ahli baru
  • Melakukan aktiviti zumba bersama komuniti setempat.
  • Melakukan saringan kesihatan secara percuma dengan kerjasama KOSPEN .
  • Program derma darah yang dijalankan oleh Unit Tabung Darah Hospital Pitas dengan kerjasama Rejimen Renjer Diraja (RRD) Tentera darat Malaysia  cawangan Pos Mapan.
  • Ceramah kesihatan berkenaan dengan penyakit Taun/Kolera yang disampaikan oleh Pembantu Kesihatan Ryan Anang daripada Klinik Kesihatan Kg. Bongkol.
  • Taklimat Advokasi Klik dengan Bijak daripada Pengurus Pusat Internet.
  • Pertandingan Mewarna 
  • Pertandingan Menaip pantas
  • Pertandingan Membuat artikel.

 

Gambar Disini