Tarikh : 27 Ogos 2019 Masa : 7:00 sehingga 2.00 petang Lokasi : Pusat Internet Kg. Bongkol Peserta : 216 orang |
Tujuan :
- Memberikan taklimat Advokasi berkenaan aduan dan maklumat palsu kepada komuniti setempat.
- Memberi peluang kepada usahawan-usahawan kecil untuk mempromosi produk mereka
- Dapat mengeratkan silaturahim bersama komuniti setempat,agensi-agensi,NGO dan sebagainya.
- Dapat mempromosikan pusat internet sebagai pusat pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan dikawasan luar Bandar
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
- Aktiviti senamrobik dan berjalan 1000 langkah yang dikendalikan oleh Panel Penasihat Klinik Kg. Bongkol.
- Saringan kesihatan juga dijalankan oleh kakitangan Klinik Kesihatan Bongkol,Pitas
- Program derma darah yang dijalankan oleh unit tabung darah pitas dan berjaya mendapat 20 orang penderma.
- Ceramah kesihatan berkenaan dengan (tuberkulosis) yang disampaikan oleh PPP Ryan dari klinik kesihatan Bongkol.
- Taklimat ringkas akdemik daripada wakil Regent College.
- Taklimat dan Demo seni kraftangan daripada puan Maini selaku setiausaha Persatuan Kraftangan Wanita Bongkol (umpug monuluw monungkus surip).
- Taklimat Advokasi klik dengan bijak dimana pengguna diberi pendedahan tentang baik dan buruk internet dan media sosial kepada pengguna.
- Pertandingan membuat origami dan mewarna poster yang disertai oleh pelajar tadika dan pra-sekolah kg. Bongkol.
- Pertandingan Myplace dan menaip pantas yang disertai oleh pelajar sekolah menengah Bongkol.
- Perrtandingan Gubahan manik kreatif yang telah disertai oleh kaum wanita,
- Kuiz online KAHOOT terbuka kepada semua komuniti.
- Cabutan tiket bertuah