mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Aktiviti September 2019 : Kelas Asas Komputer dan KDB

 

Tarikh    : 17 September 2019

Masa     : 2:00 hingga 4.00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Bongkol

Peserta : 10 orang

 

Tujuan :

Untuk memberi pendedahan kepada pelajar sekolah rendah asas komputer. Membolehkan pelajar mempelajari asas penggunaan komputer untuk kepentingan masa hadapan. Selain itu juga para pelajar didedahkan dengan advokasi klik dengan bijak iaitu kebaikan dan keburukan penggunaan komputer dan media sosial.

Aktiviti :

Kelas ini diadakan didalam bilik latihan dan peserta diberikan penerangan menggunakan slaid oleh petugas. Selain itu, para pelajar diberikan latihan pengukuhan untuk mengetahui tahap kefahaman bagi modul ini. Para pelajar juga diberikan tayangan vedio klik dengan bijak.