Tarikh : 22 September 2022 Masa : 2.00 hingga 5.00 petang Lokasi : PEDi Kampung Bongkol Peserta : 8 orang |
Tujuan :
Kelas ini diadakan khusus bagi usahawan Pedi. Mereka didedahkan menggunakan aplikasi Canva melalui penggunaan komputer dan telepon pintar. Dengan aplikasi ini, peserta boleh belajar menghasilkan logo, info grafik, poster dan kad perniagaan sendiri. Selain itu, didalam kelas ini juga diselitan slot KDb iaitu pentingnya menjaga perlakuan didalam media sosial seperti facebook agar tidak membahayakan diri dan orang lain.
Aktiviti :
Kelas ini diadakan didalam ruangan PEDi. Para peserta diterangkan secara umumnya apa itu aplikasi Canva. Peserta diajar untuk membuka aplikasi tersebut melalui dua medium iaitu komputer dan telepon pintar. Peserta diajar cara untuk membuat logo dan info grafik untuk pemasaran. Selain itu peserta juga di ajar cara membuat kad bisnes.