Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan. Setiap Pusat Internet dikendalikan oleh 2 orang petugas dan waktu beroperasi adalah bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang kecuali pada cuti umum/bertugas diluar kawasan.
NADI bertindak memberi kemudahan capaian jalur lebar kepada komuniti tempatan. selain itu juga memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet seterusnya meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di sini.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ( Knowledge Community Centre ). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menawarkan latihan ICT (Information and Communications Technology) secara percuma kepada semua yang berdaftar sebagai Ahli (NADI). Antara latihan yang disediakan adalah seperti:-
1. Pengenalan Asas Komputer
2. Asas Internet
3. Aplikasi Elektronik (E-Kerajaan, E-Pembelajaran, E-Dagang)
4. Desktop Publishing (Microsoft Office)
PROFILE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL ( NADI ) KAMPUNG BONGKOL
NAMA PI : PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL KG.BONGKOL, PITAS.
ALAMAT : PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL KG.BONGKOL
BEG BERKUNCI 122, 88999
KOTA KINABALU, SABAH.
MULA BEROPERASI : 01 MAC 2014
PENGURUS : YEFRAIM MIBON
PEN. PENGURUS : SOFIYANA BINTI SAMIN