NADI MAHIR: MAHIR PROMPT ENGINEER
1 NADI, 1 PROMPT ENGINEER
Program ini diwujudkan bagi melahirkan komuniti NADI yang celik teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan mampu menghasilkan arahan (prompt) yang efektif untuk pelbagai kegunaan seperti pembelajaran, pekerjaan, perniagaan dan penciptaan kandungan digital.
🎯 Dalam program Mahir Prompt Engineer, peserta akan mempelajari cara menggunakan AI dengan lebih bijak, pantas dan produktif melalui 3 tahap kemahiran, iaitu:
- 🔹 Basic
- 🔸 Advanced
- ⭐ Professional
✅ Kelas percuma
✅ Pembelajaran secara online di NADI
✅ Sijil diberikan kepada peserta yang berjaya menamatkan kursus
✅ Sijil diiktiraf oleh institusi berkaitan
🤖 Mahir Prompt Engineer
✅ Umur 18 tahun ke atas
Penyertaan bagi peserta berumur bawah 18 tahun adalah tidak digalakkan kerana program ini melibatkan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan memerlukan peserta mempunyai asas penggunaan komputer, literasi digital serta kemahiran berfikir yang lebih matang untuk menghasilkan dan mengaplikasikan prompt dengan berkesan.
📝 Bagi melayakkan diri ke tahap seterusnya, peserta perlu menduduki dan lulus penilaian/peperiksaan pada setiap tahap pembelajaran.
