Tarikh : 23 September 2017 Masa : 8:00 sehingga 2:00 petang Lokasi : Pusat Internet Kg. Bongkol Peserta : 43 orang |
Tujuan :
Program ini bertujuan untuk mempromosikan Aplikasi Dashboard kepada komuniti setempat. Aplikasi ini terdiri daripada beberapa bahagian seperti My soal, My komuniti, My place dan My shop. Komuniti akan diberikan pengenalan tentang My shop dalam aplikasi Dashboard ini yang memberi kemudahan kepada usahawan untuk memasarkan dan mempromosikan produk mereka sendiri.
Aktiviti:
Peserta mendapat pendedahan asas fotografi dan demo untuk mengambil gambar produk dengan baik untuk dimuatnaik ke My shop atau internet. Selain itu pemeriksaan kesihatan juga dijalankan menggunakan device I-health untuk mengetahui tekanan darah. Taklimat mengenai Klik dengan bijak iaitu cara untuk menjaga privasi dan keselamatan dalam menggunakan internet juga diberikan kepada peserta.