mcmc
Laporan Aktiviti

Program Hari Bersama Komuniti Pi1M Kluster Pitas (Bahagian 1)

 

Tarikh    : 22 April 2018

Masa     : 8:00 hingga 1:00 petang

Lokasi   : Pusat Internet Kg. Kalumpang

Peserta : 50 Orang

 

Tujuan :

Dengan adanya program sebegini mampu mengeratkan hubungan dengan komuniti di sekitar PI. Disamping, meraikan komuniti setempat yang senantiasa memberi sokongan terhadap sebarang program yang dijalankan di PI1M. Dalam masa yang sama program ini juga mampu memberi info kesedaran berkenaan dengan penggunaan internet dan media sosial secara bijak melalui Program Klik Dengan Bijak serta memberi info maklumat kepada komuniti berkenaan dengan aplikasi laman sesawang iaitu (Sebenarnya.my). Tambahan itu juga, memberi pendedahakan berkenaan dengan aplikasi Dashboard kepada komuniti tentang fungsi dan kegunaanya.

Aktiviti :

Antara jenis-jenis sukanneka yang dijalankan pada hari tersebut adalah, aktiviti semakin jauh, semakin sayang, tiup belon terpantas, makan biskut terpantas, berjalan diatas bata, mengumpul gula-gula terbanyak dan mencari selipar di dalam guni. Aktiviti kedua yang dilaksanakan pada hari tersebut ada aktiviti “EXPLORACE” dimana perserta akan diagih-agihkan kepada beberapa kumpulan dan perlu menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan di setiap “Checkpoint” yang ditentukan. Terdapat 5 “Checkpoint” yang perlu dilaksanakan. Peserta yang pantas dan tepat dalam menyelesaikan dan menyempurnakan tugasan layak mendapat markah bonus. Aktiviti ini bertujuan agar dapat memupuk semangat berkerjasama di antara satu sama lain selain daripada sifat kepimpinan seseorang peserta.